Posts

Penjagaan Kulit Terhadap Kurap

Image
credit: myhealth.gov.my Penjagaan kesihatan amatlah penting untuk kita semua.Semakin ramai yang mengabaikan penjagaan kesihatan.Remaja juga semakin ramai yang menghidap penyakit kurap.Penyakit kurap ini berpunca dari keadaan kulit yang sentiasa lembap.Memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik juga menjadi faktor penyakit kurap kerana ia tidak menyerap peluh.Kesannya kita berasa semakin tidak selesa.Simptom-simptom kurap adalah plak kemerah-merahan yang ada yang bersisk,bintik merah atau bisul halus disekelilingnya.Saya sangat berharap remaja sekarang akan menjaga kesihatan badan dan kulit serta mental dengan baik.

3 Perkara anda boleh lakukan sebelum test

Image
Baiklah mana tahu anda semua sedang ulang kaji untuk test atau exam dan 'terlayari' internet dan terjumpa tentang pautan ini.Papepun tanpa meneruskan ayat berbunga saya yang ntah pape dan buamg masa anda biar saya kongsikan 3 Perkara yang anda boleh lakukan sebelum hadapi test.πŸ’― Credit: http://www.toptipsclub.com/Citizenship_Test_Index_KB.asp 1)Hilangkan stress-ada banyak cara sebenarnya.Anda boleh main game,beriadah atau meluangkan masa dengan kawan kawanπŸ™‚ 2)Dekat diri dengan Tuhan-walau apapun agama yang anda anuti,anda perlu dekatkan diri dengan tuhan supaya lebih tenang.πŸ•‹ 3)Tutup TV,komputer atau telefon anda sekarang dan teruskan belajar-Baiklah secara jujurnya saya xtahu apa yang anda semua sedang lakukan atau masih bersekolah atau tidak tapi kalau ya jadi belajar sekarang supaya dapat menjamin masa depan(mungkin)πŸ•• Credit: https://evolllution.com/opinions/authentic-learning-rethinking-quizzes-exams-greater-impact/ Sekian dari saya yang kurang mahir bi

Langkah-langkah menangani masalah jerebu

Image
Pada masa sekarang, arus globalisasi yang semakin menerjah di seluruh dunia telah banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam keghairahan mengejar arus kemodenan    ini, kita sering dikhabarkan    dengan situasi negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini sentiasa meniti di mulut orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen. Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu? Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.      Kerajaan merupakan jawapan dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala pe

Faktor gejala sosial dalam kalangan remaja (Ulasan)

Image
 Pada masa ini,gejala sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.Pelbagai faktor dikenal pasti menjadi punca masalah ini.Faktor utama yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejala ini sebernanya bermula dari rumah.Kepincangan keluarga akibat pergaduhan dan penceraian ibu bapa menyebabkan anak-anak mengalami tekanan.Lantas,mereka mencari teman-teman untuk meluahkan masalah dan berhibur.Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan rakan sebaya dan seterusnya terpengaruh untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti meragut dan mencuri.Selain itu,sifat ingin mencuba pula menyebabkan mereka terlibat dalam kancah penagihan dadah dan merokok.Hal ini akan bertambah buruk jika tidak dicegah.Oleh itu,semua pihak perlu bertanggungjawab untuk menangani masalah ini. Sekian,terima kasih P.S-Kepada adik-adik yang masih bersekolah menengah mahupun sekolah rendah boleh memasukkan ulasan ini dalam buku nilam adik-adik kerana sekarang bahan digital yang bermanfaat seperti ulasan ini s

Kebaikan Menggunakan Kenderaan Awam (Karangan)

Image
Dunia kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang semakin menuju ke status negara maju. Namun demikian, penggunaan pengangkutan awam masih dipandang sepi oleh segelintir masyarakat. Perkhidmatan awam kini adalah lebih baik jika hendak dibandingkan satu dekad yang lalu. Pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Jika diperhalusi, ada berbagai-bagai faedah yang kita peroleh apabila menggunakan pengangkutan awam.                         Faedah utama pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering menghantui jutaan penduduk di bandar-bandar besar. Hal ini bertambah runcing lagi apabila tiba waktu puncak ketika pergi dan pulang dari bekerja. Sekiranya orang ramai sepakat menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja, pastinya masalah kesesakan ini tidak berlaku. Sebagai contoh, semua orang menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja, maka jumlah kereta persendirian di atas jalan

Kesan-Kesan Negatif Jerebu (Karangan)

Image
  Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita.    Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.   Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah.   Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di hospital atau di klinik.         Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari.     Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menja

Langkah2 meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat (Karangan)

Image
Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan.   Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang   tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan.   Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita.                  Antaranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya.   Sekiranya semangat patrio